Monday, November 10, 2008

Pra Majlis Pesta Hari Keluarga

Pesta Hari Keluarga akan dijalankan pada
29hb November ini [Sabtu].

Seperti yang dimaklumkan dan dipersetujui pada mesyuarat-mesyuarat PIBG lepas, Pra Majlis Pesta HarI Keluarga akan diadakan pada 23hb November 2008 [Ahad] selaras dengan acara Manauthon, jam 7.30 pagi.

Diantara acara-acara yang akan diadakan untuk Pra Majlis Pesta Hari Keluarga termasuk:
  • Pertandingan Karaoke 'Merangking Idol 2008'
  • Pertandingan Kikik Cantik
  • Peraduan Seni Lukisan
  • Pertandingan Pakaian Beragam
  • Pertandingan Masakan

Pertandingan Karaoke

Syarat Pertandingan:
  • Terbuka kepada orang ramai serta orang kampung
  • Tiga kategori: 1. Lelaki 2. Perempuan dan 3. Duet
  • Pilih 1 lagu Melayu ataupun Inggeris
  • Sila bawa VCD lagu sendiri atau bolehlah memilih lagu dari CD Penganjur [jika ada]
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD
  • Kegagalan hadir pada waktu yang ditetapkan adalah dikira menarik diri dan akan digugurkan namanya secara otomatik
  • Jika ada sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, bolehlah menghubungi terus Cikgu Den Fadly ataupun Cikgu Zeti Yuliana di talian 3339-623

Pertandingan Kikik Cantik


Syarat Pertandingan:
  • Bawa 'kikik' yang telah siap dibuat pada hari tersebut untuk dipertandingkan
  • Rekaan 'kikik' adalah bebas dari segi warna, saiz dan reka bentuk mengikuti kreativiti dan idea masing-masing.
  • Keputusan juri adalah muktamad
  • Jika ada sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, bolehlah menghubungi terus Cikgu Den Fadly ataupun Cikgu Zeti Yuliana di talian 3339-623

Peraduan Seni Lukisan

Syarat Pertandingan:
  • Terbuka dalam 2 kategori: 1. Kanak-kanak dan 2. Dewasa
  • Pilih 1 tajuk lukisan yang disediakan dan awda akan melukis pada hari peraduan
  • Boleh membawa peralatan melukis dan bahan rujukan [jika ada]
  • Lukisan hendaklah dilukis hanya pada kertas yang disediakan oleh pihak penganjur pada hari peraduan
  • Jika ada sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, bolehlah menghubungi terus Cikgu Den Fadly ataupun Cikgu Zeti Yuliana di talian 3339-623

Pertandingan Pakaian Beragam

Syarat Pertandingan:
  • Pilih 1 pakaian beragam
  • Bawa CD lagu anda sendiri [jika ada] sewaktu anda meragamkan pakaian
  • Keputsan juri adalah MUKTAMAD
  • Jika ada sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, bolehlah menghubungi terus Cikgu Den Fadly ataupun Cikgu Zeti Yuliana di talian 3339-623

Pertandingan Masakan

Syarat Pertandingan:
  • Terbuka kepada orang ramai serta orang kampung
  • Ada 6 kategori:
  1. Kategori Masakan Umbut-umbutan [bebas]
  2. Kategori Sambal jenis buah-buahan atau sayur-sayuran [bebas]
  3. Kategori Masakan Ayam atau Daging [bebas]
  4. Kategori Kueh Tradisional Brunei [bebas]
  5. Kategori Masakan Nasi [bebas]
  • Kepada yang ingin ikut serta, bolehlah isi borang dan dikembalikan sebelum 20hb November 2008 [Khamis]
  • Setiap peserta boleh menyertai lebih dari satu kategori
  • Penyertaan adalah PERCUMA
  • Jika ada sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, bolehlah menghubungi terus Cikgu Noorirmawati ataupun Cikgu Fazlin di talian 3339-623

No comments: