Sunday, July 29, 2012

Program Bersamamu Masyarakat Merangking






Program ini pertama kali diadakan di Kampong Merangking dengan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan juga masyarakat kampong. Tempat pertama yang dikunjung ziaraah adalah rumah bekas ketua kampung Merangking. Walaupun  ia diadakan di masa puasa namun ia tetap dijalankan untuk meraih pahala dan keredhaan Allah Ta'ala jua.

Saturday, July 14, 2012

Majlis Kesyukuran Sempena SR Merangking Menyandang Juara Keselamatan Jalan Raya @ OGDC

Cikgu Johari selaku pengerusi



Prof. Dr Ismail telah berkesudian datang untuk memeriahkan majlis



Para pemenang bergambar ramai

Hj Masut Pemangku Penghulu Mukim Bt. Sawat telah berkesudian menjadi tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang



Ucapan daripada Guru Besar untuk menyatakan penghargaan kepada para peserta yang telah mewakilkan diri       


SR Merangking telah mengadakan majlis Kesyukuran sempena SR Merangking menyandang juara bagi pertandingan keselamatan Jalan Raya di OGDC tempoh hari. Mereka telah berjaya menjuarai dan menerima hadiah yang berjumlah seribu ringgit. Pihak sekolah berbesar hati untuk menyatakan penghargaan dan memberi hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Wednesday, July 11, 2012

Survey (Post test) Multiplication Attack & My Earth My Treasure








Setelah mereka menjalankan aktiviti Multiplication Attack dan Aktiviti My Earth My Treasure kertas soalan untuk menguji pemahaman mereka telah pun diungkayahkan bersama di Bilik Taklimat SR Merangking. Keputusan tahap kefahaman (Post Test)  murid-murid akan di umumkan nanti