Monday, May 14, 2012

Multiplication Attack














Projek yang baru sahaja diungkayahkan bersama pada tahun ini menitik beratkan soal permasalahan sifir di kalangan murid-murid. Dalam projek ini murid-murid perlu memahami konsep terlebih dahulu sebelum ke peringkat pembelajaran selanjutnya. Pendedahan ini dibuka kepada peringkat rendah bawah dan peringkat rendah atas.

Masa akitiviti ini diadakan ialah selama 20 minit iaitu sebelum waktu rehat. Guru-guru akan memberi bantuan kepada murid yang belum memahami dengan menerapkan konsep sifir terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.

Wednesday, May 02, 2012

LE@S Singing Competition



LE@S Singing competition telah pun berjaya dilaksanakan pada 8hb Jamadilakhir 1433H bersamaan dengan 30hb April 2012M. Program ini mempunyai objektifnya yang tersendiri di mana murid-murid diharap akan dapat menjadi lebih berkeyakinan dalam penggunaan bahasa Inggeris mereka dalam kehidupan seharian.

Program sebegini di mana telah diketuai perlaksanaannya oleh Cikgu Fazlin telah banyak meningkatkan semangat murid-murid dalam pelajaran mereka. Program seterusnya akan diteruskan dan pihak sekolah berharap agar sambutan daripada murid-murid dan juga ibubapa adalah dalam keadaan memberangsangkan.