Saturday, November 09, 2013

Preperation For SEDEX!









Be sure to come to Merangking Mini Mall on 25-26 November 2013 @ Dewan Persidangan Kuala Belait.
Lots of stuffs such as pillows, dolls to be sold directly hand made by students of Sekolah Rendah Merangking.

Monday, October 07, 2013

Pelajar SR Merangking Dipuji!


Murid-Murid SR Merangking telah diberi pujian oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Ratna Dato Seri Setia (Dr.) Hj Awg Abu Bakar bin Hj Apong. Ini bukan sahaja mereka telah berjaya dari segi akademik  mereka juga telah mengharumkan nama di peringkat negara mahupun antarabangsa dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang tea\lah dianjurkan..

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai usahanya tersendiri dan sememangnya di atas satu arah yang sama. Usaha setiap sekolah memang inginkan kemajuan terutama sekali kepada murid-murid mereka. Namun, dengan niat dan usaha yang mantap Insya Allah sekolah itu akan berjaya dengan usahanya.

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid


Awg Fairul telah diserahkan sijil penghargaan kerana menyertai Arts Competition anjuran Universiti Kanagawa Jepun oleh Guru Besar Cikgu Johari bin Hj Abas.

 Guru-guru turut diberi hadiah penghargaan sempena hari guru yang dihadiahkan sendiri oleh Guru Besar SR Merangking


Kakitangan SR Merangking turut diberikan hadiah penghargaan.


Murid-Murid darjah Pra telah diberikan hadiah galakan daripada Cikgu Zuraidah yang kemudian diserahkan oleh Guru Besar.


Tarikh : 27 Zulkaedah 1434H bersamaan dengan 3hb Oktober 2013M
Tempat : Bilik Taklimat Sr Merangking

Friday, September 27, 2013

SR MERANGKING JUARA BAGI PERTANDINGAN NASYID!!!!






Alhamdulillah , sekali lagi murid-murid SR Merangking telah menunjukkan kebolehan mereka di dalam pertandingan. Pada kali ini telah diadakan Pertandingan Nasyid sempena Ulang Tahun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 67 tahun .Diadakan pada hari Khamis 20 Zulkaedah 1434H bersamaan dengan 26 September 2013M pada pukul 8 malam bertempat di tudung saji Kuala Belait. Mereka menang dan sekali gus menjadi juara bagi peringkat daerah Belait. Hadiah adalah berupa piala iringan dan sejumlah wang.

-Muhammad Firdaus

Penerimaan Sijil Awg Fairul (Kanagawa Arts Competition)!



Awg Fairul telah pun diberi penghargaan oleh Universiti Kanagawa di Jepun kerana telah berjaya diterima sebagai salah seorang pemenang pertandingan tersebut. Telah di fahamkan bahawa beliau seorang sahaja daripada kalangan pelajar di Brunei Darussalam yang diterima untuk memenangi penghargaan tersebut. Awg Fairul sekarang belajar di dalam tahun 5 di SR Merangking.

- Muhammad Firdaus

Monday, September 09, 2013

SAMBUTAN RIANG RAYA MERANGKING 2013






Tempat : Bilik Taklimat
Hari  : Sabtu 3hb September 2013M/ 3 Zulkaedah 1434H
Pengerusi : Muhd Firdaus
Tetamu Kehormat : Cikgu Hj Kadri

Saturday, July 06, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Awg Izz Fikry Juara Pertandingan Mari Bercerita Peringkat Negara 2013!!!!


Awg Izz Fikry bin Hj Hazman muncul sebagai juara pertandingan Mari Bercerita Peringkat Daerah 2013 yang diadakan pada hari Sabtu 15hb Rejab 1434H bersamaan 25hb Mei 2013 . Pertandingan tersebut telah diadakan di SR Yayasan Hassanal Bolkiah  Dia telah berjaya merangkul piala Juara dan disamping itu berjaya memiliki hadiah yang berupa wang tunai. Syabas diucapkan!!

Wednesday, May 15, 2013

Izzatul Fathiah Murid cemerlang Tahun 1



Izzatul Fathiah telah dianugerahkan Anugerah Murid Cemerlang tahun 1 bagi tahun 2012 . Anugerah bertempat di dewan persidangan Bridex Jerudong.

Cikgu Dhalan pemenang hadiah tempat kedua dan ketiga pertandingan lagu PRM



Cikgu Dhalan telah memenangi hadiah tempat kedua dan ketiga bagi pertandingan mereka lagu Pembimbing Rakan Muda anjuran Unit Kaunseling. Di samping itu beliau juga memnangi tempat ketiga dalam mereka logo. Hadiah adalah berupa wang tunai dan piala iringan. Syabas diucapkan!!!

Monday, May 06, 2013

Pemenang Children's Museum of Art Kanagawa 2013 (Awg Fairul!!!)




Awg Fairul murid tahun 5 telah pun terpilih untuk menerima hadiah kemenangan daripada Children's Museum Art Kanagawa Jepun. Di fahami beliau seorang sahaja peserta dari Brunei yang dipilih karya lukisannya untuk menerima hadiah tersebut. Sehubungan dengan itu, hadiah berkenaan akan di berikan pada bulan Ogos tahun ini Insya Allah. Tahniah diucapkan!!

Friday, April 26, 2013

Awg Izz Fikry Juara Mari Bercerita Peringkat Daerah!!!!



 Awg Izz Fikry telah merangkul juara dalam pertandingan mari bercerita peringkat daerah anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awg Izz Fikry telah mendapat hadiah berupa wang tunai dan piala iringan. Di samping itu dua murid SR Merangking iaitu Dyg Nur Atiqah Ayuni dan Dyg Amy telah berjaya mendapat saguhati yang berupa wang tunai.Acara telah diadakan pada hari kemarin di Dewan Persidangan Kuala Belait.

Murid-murid SR Merangking merangkul Juara dan Naib Juara!!!!!!



Adrianne Tan Boon Cheng telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan karangan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu Awg Izz Fikry Bin Hj Hazman telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Syabas dan Tahniah diucapkan!!!