Friday, September 27, 2013

SR MERANGKING JUARA BAGI PERTANDINGAN NASYID!!!!






Alhamdulillah , sekali lagi murid-murid SR Merangking telah menunjukkan kebolehan mereka di dalam pertandingan. Pada kali ini telah diadakan Pertandingan Nasyid sempena Ulang Tahun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 67 tahun .Diadakan pada hari Khamis 20 Zulkaedah 1434H bersamaan dengan 26 September 2013M pada pukul 8 malam bertempat di tudung saji Kuala Belait. Mereka menang dan sekali gus menjadi juara bagi peringkat daerah Belait. Hadiah adalah berupa piala iringan dan sejumlah wang.

-Muhammad Firdaus

Penerimaan Sijil Awg Fairul (Kanagawa Arts Competition)!



Awg Fairul telah pun diberi penghargaan oleh Universiti Kanagawa di Jepun kerana telah berjaya diterima sebagai salah seorang pemenang pertandingan tersebut. Telah di fahamkan bahawa beliau seorang sahaja daripada kalangan pelajar di Brunei Darussalam yang diterima untuk memenangi penghargaan tersebut. Awg Fairul sekarang belajar di dalam tahun 5 di SR Merangking.

- Muhammad Firdaus

Monday, September 09, 2013

SAMBUTAN RIANG RAYA MERANGKING 2013






Tempat : Bilik Taklimat
Hari  : Sabtu 3hb September 2013M/ 3 Zulkaedah 1434H
Pengerusi : Muhd Firdaus
Tetamu Kehormat : Cikgu Hj Kadri