Friday, May 23, 2014

Rakaman RTB @ SRM!!!








Pada 14hb Rejab 1435H bersamaan 14hb Mei 2014M pihak RTB telah berkesudian menemu ramah Guru Besar, guru-guru dan murid-murid mengenai hal ehwal Sekolah Rendah Merangking. Soalan berbentuk pencapaian dan perlaksanaan pembelajaran telah dipertengahkan. 



Monday, May 12, 2014

Creative Maths Seminar Ulu Belait daripada Che Man


Pada hari Sabtu 8 Rejab 1435H bersamaan dengan 8 Mei 2014M SR Bukit Sawat, SR Merangking dan SR Labi telah sama-sama mengadakan Seminar Matematik Kreatif yang diungkayahkan oleh Che Man daripada Malaysia. Beliau menerangkan pelbagai kaedah dan formula yang boleh diterapkan oleh murid-murid dalam menjawab soalan matematik.

Beliau juga memuji salah seorang murid dari SR Merangking iaitu Awg Izz Fikry kerana Izz Fikry beliau telah berjaya menghasilkan satu formula untuk dikongsi bersama dengan para hadirin. Formula itu dikenali dengan nama "Formula Pelangi Awang M". Acara itu bertempat di dewan Kampung Sungai Mau Ulu Belait.

Monday, May 05, 2014

Pertandingan Catur








Alhamdulillah Awg Danish Wafiq telah berjaya mendapat tempat ke 10 dalam pertandingan catur sekolah-sekolah rendah yang telah di adakan di SR Sg Liang. In Sya Allah beliau adalah di antara 10 orang peserta yang  akan bertanding di peringkat seterusnya tidak lama lagi.