Tuesday, April 14, 2009

APA DIA 'PROJEK WARISAN BUDAYA'?


Projek Warisan Budaya ialah satu perjumpaan kebudayaan (Cultural meet) bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait. Setiap sekolah akan diwakili oleh empat orang murid, setiap seorang dari setiap Tahun 1, 4, 5 dan 6.

Projek ini melibatkan pelbagai jenis aktiviti seperti senaman pagi, bengkel dan juga persembahan berbentuk kebudayaan.

Antara objektif Projek Warisan Budaya ini ialah untuk mendedahkan murid-murid dengan alam semulajadi yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok hijau. Hutan adalah warisan kita bersama yang menjadi salah satu unsur kebudayaan dalam kehidupan kita.


Satu lagi objektif penting ialah untuk melibatkan murid-murid dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti permainan tradisional dan persembahan pentas. Permainan Gulintangan dipilih sebagai aktiviti untuk dibengkelkan sebagai pendedahan kepada peserta-peserta untuk mengalami sendiri permainan alat bunyi-bunyian sekaligus membuat persembahan di hadapan penonton.

Dengan adanya aktiviti-aktiviti permainan tradisional seperti Congkak, Pasang dan Seremban, dapatlah kanak-kanak generasi baru ini melihat dan mempraktikkan permainan-permainan yang sudah lama ditinggalkan dan diganti oleh permainan moden seperti video game dan sebagainya.

Tujuan bagi keseluruhan projek ini adalah:
- membuka minda peserta-peserta dalam warisan berbudaya
- mendedahkan aktiviti-aktiviti kebudayaan
- menanamkan sifat berpasukan dan bersatu-padu tanpa mengira sesiapa
- memberikan pengalaman awal sebagai satu kesedaran mereka kelak

'Dengan ini harapan kami agar projek ini akan mendapat sambutan dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kerana kejayaan projek ini melambangkan kejayaan kita dalam sama-sama menyemarakkan kehidupan semua agar lebih bermakna.'

No comments: