Wednesday, May 02, 2012
LE@S Singing Competition
LE@S Singing competition telah pun berjaya dilaksanakan pada 8hb Jamadilakhir 1433H bersamaan dengan 30hb April 2012M. Program ini mempunyai objektifnya yang tersendiri di mana murid-murid diharap akan dapat menjadi lebih berkeyakinan dalam penggunaan bahasa Inggeris mereka dalam kehidupan seharian.
Program sebegini di mana telah diketuai perlaksanaannya oleh Cikgu Fazlin telah banyak meningkatkan semangat murid-murid dalam pelajaran mereka. Program seterusnya akan diteruskan dan pihak sekolah berharap agar sambutan daripada murid-murid dan juga ibubapa adalah dalam keadaan memberangsangkan.
Thursday, April 26, 2012
SLP Cascading
SLP cascading adalah perkongsian dapatan daripada kumpulan SLP SR Merangking bagi tahun 2012 yang terdiri daripada Cikgu Johari (GB) , Cikgu Viviyanah dan Cikgu Firdaus sewaktu kursus mereka di ILIA (UBD).
Perkongsian itu banyak menyentuh mengenai kepimpinan yang berkualiti menjana pendidikan yang berkesan.
Masa : Hari Isnin dan hari Selasa (1.30-4.00 ptg/ 1.30-5.00 ptg)
Tempat : Bilik taklimat
Thursday, March 15, 2012
Program Memperkasa Budaya Membaca





Pada : 22 Rabiulakhir 1433H bersamaan 15 hb Mac 2012M
Tempat : Bilik Taklimat SR Merangking
Program Memperkasa budaya membaca telah ditaklimatkan sendiri oleh Guru Besar Cikgu Johari bin Hj Abas. Ia menyentuh betapa pentingnya budaya membaca di kalangan murid-murid sama ada di dalam sekolah mahu pun di luar sekolah.
Dalam perlaksanaan, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil peranan penting bagi memantau anak-anak pada minat membaca mereka agar sentiasa dipupuk ke dalam jiwa mereka. Setiap buku yang telah dibaca perlu di rekodkan ke dalam buku khas untuk mengetahui seberapa banyak buku yang telah murid-murid baca.
Melalui program ini, di masa akan datang akan diberi pingat kepada mereka yang berjaya membaca dalam bilangan yang paling banyak dalam kehidupan mereka seharian.
Taklimat sebegini telah dihadiri oleh guru-guru dan ibu bapa SR Merangking.
Saturday, February 11, 2012
Majlis Maulidur Rasul SR Merangking & SR Bukit Sawat
Subscribe to:
Posts (Atom)















