Ceramah motivasi ini berlangsung di Sekolah Rendah Merangking dan dihadiri oleh guru besar sekolah, tenaga pengajar dan ibubapa penjaga murid sekolah.
Semasa ceramah tersebut, para guru dan ibubapa berpeluang mendengarkan penjelasan dan perkara yang perlu diambil kira semasa perasaan marah tersebut berlaku memandangkan guru-guru akan berdepan dengan pelbagai karenah pelajar. Selain itu beberapa pendekatan juga turut dikongsi sama bagi ibubapa yang akan berdepan dengan anak-anak mereka yang adakalanya ibubapa tidak tidak memahaminya.
Menurut Dr Haji Ismail, marah juga turut memberi kesan yang cukup negatif kepada seseorang dimana orang yang mempunyai sifat pemarah yang keterlaluan ini akan mempunyai IQ yang tidak sihat dan mempunyai kehidupan yang sunyi memandangkan tidak ramai yang ingin berkawan dengannya. Tambahan lagi ugama Islam itu sendiri melarang sifat marah ini.
Dari sesi ceramah motivasi yang diadakan tadi diharap akan dapat membantu para guru dan ibubapa apabila menghadapi masalah yang ditimbul oleh anak mereka dan sedikit sebanyak akan dapat mendidik anak tersebut.
Oleh Airil.
No comments:
Post a Comment