Friday, April 26, 2013

Awg Izz Fikry Juara Mari Bercerita Peringkat Daerah!!!!



 Awg Izz Fikry telah merangkul juara dalam pertandingan mari bercerita peringkat daerah anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awg Izz Fikry telah mendapat hadiah berupa wang tunai dan piala iringan. Di samping itu dua murid SR Merangking iaitu Dyg Nur Atiqah Ayuni dan Dyg Amy telah berjaya mendapat saguhati yang berupa wang tunai.Acara telah diadakan pada hari kemarin di Dewan Persidangan Kuala Belait.

Murid-murid SR Merangking merangkul Juara dan Naib Juara!!!!!!



Adrianne Tan Boon Cheng telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan karangan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu Awg Izz Fikry Bin Hj Hazman telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Syabas dan Tahniah diucapkan!!!

Sunday, January 06, 2013

Lawatan Dan Sumbangan BIBD ke SR Merangking

Pada 3hb Januari 2013 hari Khamis pihak daripada BIBD telah berkesudian untuk melawat SR Merangking bagi tujuan amal kepada pelajar dan pihak sekolah. Sumbangan yang berupa perkakas dan alat-alat belajar telah pun disumbangkan oleh pihak BIBD. Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada pegawai-pegawai dan kaki tangan BIBD yang telah memberi sumbangan dan di harap agar Allah sahaja yang membalas dengan pembalasan yang terbaik di atas kerja-kerja murni seumpama ini.

Friday, November 30, 2012

Majlis Penutup Sekolah SR Merangking 2012

Majlis Penutup Sekolah pada Hari Isnin 26.11.2012 bertempat di Dewan Merangking