Thursday, March 15, 2012

Program Memperkasa Budaya Membaca








Pada : 22 Rabiulakhir 1433H bersamaan 15 hb Mac 2012M
Tempat : Bilik Taklimat SR Merangking

Program Memperkasa budaya membaca telah ditaklimatkan sendiri oleh Guru Besar Cikgu Johari bin Hj Abas. Ia menyentuh betapa pentingnya budaya membaca di kalangan murid-murid sama ada di dalam sekolah mahu pun di luar sekolah.

Dalam perlaksanaan, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil peranan penting bagi memantau anak-anak pada minat membaca mereka agar sentiasa dipupuk ke dalam jiwa mereka. Setiap buku yang telah dibaca perlu di rekodkan ke dalam buku khas untuk mengetahui seberapa banyak buku yang telah murid-murid baca.

Melalui program ini, di masa akan datang akan diberi pingat kepada mereka yang berjaya membaca dalam bilangan yang paling banyak dalam kehidupan mereka seharian.

Taklimat sebegini telah dihadiri oleh guru-guru dan ibu bapa SR Merangking.